
SPEKULASI masa depan Federico Chiesa mula menjadi bualan ramai pihak peminat bola sepak dunia terutama di England.
Pemain posisi sayap berbakat Fiorentina itu diberitakan sedikit lagi akan menyelesaikan perpindahannya ke Manchester United.
Chiesa sebenarnya merupakan produk akademi La Viola. Biarpun usianya baru 22 tahun, dia sudah menghiasi pasukan serangan utama Fiorentina sejak tiga tahun yang lalu.
Dengan bakatnya yang mengagumkan itu, Juventus berminat untuk merekrut dari Fiorentina bagi mengetuai penyerang hadapan.
Namun, Corriere Fiorentino menegaskan Chiesa tidak akan berpindah ke Turin musim depan sebaliknya semakin menghampiri ke Manchester United.
Menurut laporan tersebut, The Red Devils dalam diam-diam mahu melakukan perpindahan Chiesa.
Difahamkan, gergasi Liga Perdana Inggeris itu sudah beberapa minggu terakhir sedang melobi Fiorentina. Akhirnya kedua-dua kelab dikhabarkan sudah mencapai kata sepakat.
Chiesa diberitakan akan berpindah ke Manchester United dengan bayaran 50 juta pounds pada musim panas nanti.
Menurut laporan Corriere Fiorentino, Chiesa sebenarnya bukan pilihan utama Manchester United.
The Red Devils pada awalnya mengejar tandatangan Jadon Sancho. Namun sayap Borussia Dortmund itu sukar dibawa masuk kerana harganya yang mahal.
Untuk itu Ole Gunnar Solskjaer beralih arah kepada Chiesa, kerana percaya pemain kebangsaan Itali itu miliki bakat tersendiri.p
Penampilan Chiesa musim ini menghasilkan impak yang cukup luar biasa untuk Fiorentina.
Untuk rekod, dia sudah melakar tujuh gol dan mencipta lima umpanan bagi La Viola dalam semua pertandingan
Add Comment