Bola Sepak

‘Naqib mahu jadi macam Akhyar Rashid’


IMG-20200712-WA0025

SETIAP kanak-kanak yang bermain bola sepak pasti mempunyai idola masing-masing dalam meniti karier ke arah lebih gemilang.

Tidak terkecuali buat pemain cilik Naqib Nufail Sharul Afindi yang kini bermain dengan Kelab Northen Malaya FC berpangkalan di Pulau Pinang.

Menjadikan bintang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai idola, Naqib Nufail, 10 bercita-cita tinggi menjadi sehebat Akhyar Rashid.

“Saya selalu tengok aksi abang Akhyar di televisyen. Kalau ada aksi siaran langsung Harimau Malaya atau JDT pasti saya akan menonton bersama keluarga.

“Saya sukakan corak permainan abang Akhyar,” katanya yang juga meminati kelab JDT.

Kini, anak kecil itu bersama Kelab Northern Malaya FC dibawah bimbingan jurulatih Rajan yang banyak membentuk dirinya menjadi pemain bola sepak sejati.

Atas keinginan yang tinggi dan tidak mahu bakat yang ada pada diri Naqib Nufail dipersia-siakan begitu sahaja, bapanya, Sharul Afindi mengambil inisiatif sendiri menghantar pemain cilik itu menjalani latihan dengan jurulatih peribadi.

“Saya sentiasa memandang ke depan mencari ilmu dan mahu Naqib Nufail terus bersemangat dalam dunia bola sepak.

“Dia telah berada di bawah bimbingan jurulatih seperti Hanif, Wan Putah, Imran, Halim dan Rafie.

“Terima kasih kepada jurulatih yang tidak putus dan lokek menurunkan ilmu asas bola sepak dari mula bersama akademi hingga sekarang,” katanya menyifatkan anaknya seorang yang positif dan kekal tenang.

Naqib Nufail pernah menyertai kejohanan JSSL di Singapura bersama kelab Afza United FC2018 dan mennjaringkan empat gol.

Dia juga merupakan sebahagian skuad yang bergelar juara anjuran PPD Seberang Perai Selatan mewakili Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya pada tahun 2018.
INFO

Nama : Naqib Nufail Sharul Afindi
Umur : 10 tajun
Pengajian : SK Stowell Bukit Mertajam
Kelab diwakili : Kelab Northen Malaya FC (Coach Rajan)
Posisi : Penyerang
Berlatih dengan Akademi Tunas Seberang Perai Utara (Coach Syahrul)
Pencapaian : Pemain Pertahanan Terbaik B8 Akademi Tunas Pulau Pinang


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d