Bola Sepak Pelbagai

Puaka Jerai bukan gila glamour

“GILA glamour ? Tergelak saya dianggap seperti itu.

Demikian luah Presiden Kelab Penyokong Puaka Jerai (PJFC), Zulkifli Hashim atau dikenali sebagai Puaka Jerai yang mula menjinakkan diri dalam rekaan kostum sejak tahun 2014.

Cerita Puaka Jerai, tema bunga matahari membawa maksud sinaran baharu kebangkitan Kedah dalam kancah liga bola sepak Malaysia.

“Ada yang ketawakan saya, menghina, mengutuk caci, keji, fitnah dan pernah diugut untuk dicederakan dan diancam dibunuh.

“Setiap tahun saya habiskan ribuan ringgit semata-mata untuk menyokong bola sepak Kedah tanpa mengharapkan apa-apa balasan termasuk sekeping tiket percuma,” katanya.

Menurut Puaka Jerai, pengalaman beratur serta tidur dikaki lima stadium untuk mendapatkan sekeping tiket sama seperti penyokong lain sudah menjadi kebiasaan.

“Pernah saya mengikat perut semata-mata untuk Hijau Kuning. Ramai yang bertanyakan saya dari mana mendapat idea untuk kostum ini.

“Sebenarnya, saya dan adik mereka cipta topi mengkuang dan meletakkan sekuntum bunga matahari pada topik tersebut.

“Kami berdua memakainya ketika ke Stadium Darul Aman pada tahun 2014. Namun, adik saya memakai hanya sekejap sahaja dan saya cuba olahkan sedikit demi sedikit setiap tahun hinggalah ke hari ini,” ujarnya.

Tambah Puaka Jerai, apa yang dilakukannya selama ini adalah bertujuan mempromosikan bola sepak Kedah dan menarik orang ramai ke stadium.

“Hari ini, stall burger saya, kereta, pakaian dan rumah adalah bertemakan warna hijau kuning.

“Kerana apa, inilah minat saya dalam bola sepak Kedah dan bukan gila glamour seperti sesetengah dakwaan pihak di luar sana” katanya lagi.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: