JUARA Liga Perdana Inggeris, Liverpool berdepan kesukaran untuk mengatasi Burnley pada perlawanan yang berakhir seri 1-1 di Anfield.
Keputusan jaringan itu membuktikan The Clarets memang lagi ‘panas’ dan payah dijinakkan.
Burnley sebenarnya tidak mempunyai rekod yang baik apabila tak pernah menang dari lima pertemuan terakhir kerana selalu kalah.
Bahkan, atas kertas Liverpool sepatutnya boleh makan besar tetapi sebaliknya terjadi.
Walaupun ketinggalan menerusi gol Andrew Robertson minit ke-35, Jay Rodriguez menyamakan kedudukan minit ke-69 dan tak mampu lagi dibalas oleh Liverpool.
“Peluang kami terlepas apabila bola terkena tiang dan boleh saja membawa pulang tiga mata. Kami bertahan dengan sangat baik, dan penjaga gawang bermain baik.
“Nick Pope membuat banyak penyelamatan, dia penjaga gol terbaik.
“Semua kerana usaha pemain, kami mengawal mentaliti pemain sepanjang perlawanan dan mereka mampu membalasnya dengan baik.
“Kami miliki beberapa kesempatan terbaik dan berjaya memaksimakan salah satunya, termasuk menghadapi pasukan top seperti mereka,” ujar pengurus Burnley, Sean Dyche kepada BBC Sports.
Tapi jangan terperanjat kerana keputusan seri yang diperolehi Burnley tidak sama sekali mengejutkan.
Sumber Sky Sports berkata, Burnley cuma kalah sekali dari 13 pertembungan terakhirnya sejak 19 Januari!
Add Comment