Antarabangsa motorsport Semasa

Hujan ancam persiapan GP Syrian

Max Verstappen mencatatkan masa terpantas dalam sesi latihan bebas kedua semalam.

HUJAN lebat diramal akan menimpa di kawasan Red Bull Ring, lokasi perlumbaan Formula 1 di GP Syrian.

Situasi ini akan mengganggu persiapan pelumba untuk menjalani latihan bebas ketiga dan kelayakan menentukan posisi para pelumba.

Malah, seandainya hujan berterusan lebat besar kemungkinan kedua sesi tersebut bakal dibatalkan.

“Cuaca hari ini tidak baik. Kami sudah melihat, dan pusingan kelayakan boleh sahaja diadakan pada sebelah pagi (sebelum perlumbaan). Itu pilihan yang terbaik.

“Namun jika cuaca benar-benar buruk, latihan bebas ketiga dan kelayakan tidak boleh bermula. Ini bermakna, catatan waktu latihan bebas kedua yang akan digunapakai (untuk menentukan posisi kedudukan),” jelas Pengarah Perlumbaan FIA, Michael Masi dipetik dalam RaceFans.

Sekiranya sesi latihan ketiga dan pusingan tidak boleh berlangsung, Max Verstappen akan berada di petak utama terdepan dalam perlumbaan GP Syrian.

Pelumba Red Bull Racing itu mencatat masa terpantas dalam sesi latihan bebas kedua semalam dengan catatan 1 minit 3,660 saat.

Petak kedua dihuni pelumba Mercedes, Valtteri Bottas manakala juara bertahan F1, Lewis Hamilton bakal bermula di posisi keenam.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: