Sepak Takraw

Sobey, Hanif taruhan Kelantan Warriors


Bekas tekong Perak Bison, Hanif Rosli memilih mewakili Kelantan Warriors dalam saingan STL musim ini.

KELANTAN Warriors menyambar dua tekong berpengalaman bagi memperkuatkan pasukan menghadapi saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2020.

Dua pemain yang dimaksudkan adalah bekas tekong skuad kebangsaan iaitu Muhammad Zulkifli Abd Razak atau lebih dikenali panggilan Sobey dan bekas tekong Perak Bison, Hanif Rosli.

Perkembangan terbaharu itu diumumkan Gabungan Sepak Takraw Kelantan (GASTAK) menerusi laman sosial rasmi mereka, hari ini.

Dalam entri tersebut, GASTAK turut berkongsi gambar kedua-dua pemain berkenaan menerima surat tawaran rasmi yang disampaikan sendiri Presiden persatuan, Zuraidin Abdullah.

“Dengan kehadiran dua tekong berpengalaman ini, kita harap Kelantan Warriors akan lebih bertenaga untuk mencabar kejuaraan pada tahun ini” menerusi satu kenyataan ringkas Zuraidin di laman berkenaan.

Muhammad Zulkifli, pemain kelahiran Kuala Terengganu dan seorang lagi bekas tekong kebangsaan, Mohd Syahir Rosdi berasal dari Kedah pernah mencetuskan kontroversi apabila digantung dua tahun oleh Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), 27 Jun tahun lalu akibat masalah disiplin.

Bagaimanapun, hukuman tersebut dikurangkan kepada sembilan bulan sekali gus membolehkan kedua-dua tekong itu kembali mewarnai saingan kejohanan di peringkat kebangsaan dan luar negara, pada tahun ini.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d