Antarabangsa Permotoran

Rossi sertai Petronas


Rossi akan meninggalkan Yamaha selepas kontraknya yang akan tamat pada penghujung tahun ini

BEKAS jurulatih Valentino Rossi, Luca Cadalora, membocorkan masa depan The Doctor.

Rossi akan terus berlumba dan akan bersama pasukan Petronas dalam saingan di Jerez.

Pelumbaan berusia 41 tahun itu akan meninggalkan Yamaha selepas kontraknya yang akan tamat pada penghujung tahun ini tidak dilanjutkan.

Ia berikutan Yamaha telah mengikat kontrak Maverick Vinales dan merekrut Fabio Quartararo bagi menggantikan Rossi.

Rossi kemudian dikaitkan akan bersara atau beraksi dengan pasukan Petronas SRT.

“Pada pendapat saya, Valentino tidak akan berhenti (bersara). Saya jangka dia akan mengumumkan keputusannya bergabung dengan Petronas di Jerez.

“Sudah tentu dia mahu memiliki pasukan sendiri. Saya fikir Yamaha sudah melakukan yang terbaik, mereka telah mendapatkan material dan motor rasmi untuk Valentino,” kata Cadalora kepada kepada Moto.it.

Perlumbaan MotoGP 2020 terhenti seketika berikutan wabak Covid-19. Namun, sesi pertama dijangka akan berlangsung di Jerez, Sepanyol pada 17 hingga 19 Julai depan.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading