Bola Sepak

Raja Isa tetap komited bersama PSPS Riau


Screenshot_20200710_222224

WALAUPUN mendapat tawaran beberapa kelab lain di Liga Indonesia, Raja Isa Raja Akram Shah tetap komited bersama majikannya ketika ini, PSPS Riau.

Jelas Raja Isa, fokusnya adalah mahu memberikan yang terbaik buat PSPS menjelang kejohanan Liga 2 pada Oktober depan.

“Sementara saya tiada perancangan liga musim ini, saya ada ke Siak dan mereka minta bantuan dari segi pertukaran buah fikiran.

“Jadi, saya bantu untuk menaiktaraf pendidikan kejurulatihan, pembangunan bremaja dan penyusunan pengurusan kelab,” katanya kepada Cakap Sukan ketika dihubungi.

Beliau menjawab persoalan wakil Cakap Sukan setelah heboh bakal mengemudi kelab Pancasona Abadi FC.

Jelas anak jati Ampang, Selangor ini, perkongsian ilmu beliau di Siak telah mendapat keizinan pihak pengurusan PSPS.

“Saya sangat berterima kasih kepada pihak pengurusan dan pemilik kelab PSPS (Anto Rahman dan Gede Pasek Suardika) atas restu yang diberikan.

“Saya boleh kongsikan dan bantu bola sepak di Tanah Riau sementara menunggu Liga 2 Indonesia bermula,” katanya.

Diminta mengulas mengenai persiapan PSPS Riau, Raja Isa berkata mereka berkemungkinan akan kembali bersama pasukan pada Ogos ini.

“Dan segala persiapan dan program sudah disiapkan dan hanya menunggu waktu tepat memulakan persiapan serta lampu hijau dari pengurusan untuk memulakan latihan,” kata beliau lagi.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d