Bola Sepak Semasa

Liga M bermula 15 Ogos

97677913_10158811860211282_6665020169368109056_o

SAINGAN Liga Malaysia yang ditangguhkan hampir lima bulan sebelum ini kini bakal bersambung semula pada 15 Ogos nanti.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Khas Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersetuju membenarkan penganjuran kejohanan namun pertandingan yang tidak membabitkan penonton dan dilangsungkan di peringkat dalam negara sahaja.

“Justeru, sukan bersentuhan fizikal bagi sukan berpasukan seperti bola sepak, ragbi, hoki, sepak takraw dan skuasy dibenarkan bermula pada 15 Ogos ini.

“Contoh kejohanan untuk sukan berpasukan adalah Liga Super dan Liga Perdana bagi bola sepak, Liga Sepak Takraw (STL), Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Ragbi. Ini liga yang dibenarkan untuk memulakan pertandingan mereka nanti.

“Penganjuran pertandingan hanya terhad kepada kejohanan tempatan sahaja tanpa penonton dan tidak membabitkan perhimpunan ramai. Penganjuran acara antarabangsa yang membabitkan peserta luar negara tidak dibenarkan sama sekali buat masa ini.

“Bagaimanapun, pelaksanaan aktiviti sukan dan penganjuran kejohanan perlu diadakan dalam keadaan terkawal dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya pada sidang media harian, sebentar tadi.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: