Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Marega mohon maaf

PENYERANG Porto, Moussa Marega meminta maaf kerana menendang bola keluar dan bermain semula dengan rakan sepasukan setelah tidak dibenarkan mengambil sepakan penalti pada penghujung perlawanan dalam kemenangan 3-1 di Tondela, awal pagi tadi.

“Maaf atas kelakuan saya. Sekarang kita memerlukan satu lagi kemenangan untuk menjadi juara,” katanya di media sosial setelah menjaringkan salah satu gol kemenangan yang menjadikan kelabnya berada dalam jarak yang hampir dengan gelaran Liga Portugal.

Marega sebelum itu ada membuat gerakan solo sendirian sehingga tercetus gol kedua Porto.

Tetapi dia berang menjelang akhir permainan setelah pasukannya dihadiahkan sepakan penalti.

Ketika dia datang untuk mengambil tendangan, arahan dari bangku simpanan Porto supaya Fabio Vieria mengambilnya.

Pemain antarabangsa Mali kemudian mengambil bola dan mengeluarkannya dengan nada marah.

Jurulatih Porto, Sergio Conceicao menegaskan bahawa masalah itu telah diselesaikan dengan cepat.

“Marega adalah pemain profesional yang hebat. Dia banyak berlatih. Satu saat tidak menjadikannya kurang sebagai pemain yang bagus.

“Semuanya diselesaikan, tidak ada masalah, ada salah faham sebelum arahan diberikan. Saya sudah menyelesaikannya dengan skuad di bilik persalinan,” ujarnya di petik portal The Star.

Kemenangan itu, disusuli dengan keputusan seri dicatat pencabar terdekat, Benfica di Famalicao yang bermaksud Porto memerlukan satu mata lagi kemenangan untuk menjamin memenangi liga berdasarkan rekod head-to-head.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: