Antarabangsa

NBA dihentikan jika wujud kluster COVID-19


LIGA Bola Keranjang Kebangsaan Amerika (NBA) akan kembali bersambung pada 30 Julai depan.

Namun, kejohanan terbesar di Amerika Syarikat itu akan dihentikan serta-merta jika berlaku penyebaran COVID-19 di antara para pemain.

Para pemain juga akan menjalani rutin ujian COVID-19 dan NBA juga mendapat bantuan dari pakar perubatan.

“Saya fikir kami memiliki kemampuan untuk mengesan, mengetahui dari mana asal bermula penularan virus (jika ada pemain yang positif COVID-19).

“Tentunya jika kami mendapati penyebaran COVID-19 wujud di dalam kawasan ini, maka pertandingan akan dihentikan lagi,” ujar Pesuruhjaya NBA, Adam Silver, dipetik dari ESPN.

Baki perlawanan NBA musim ini akan diadakan di Disney World Resort, Florida.

22 pasukan yang masih berpeluang mara ke pusingan play-off akan tinggal di kompleks taman hiburan tersebut bagi mengelakkan penularan virus Corona.

Penonton juga tidak dibenarkan menyaksikan perlawanan sehingga musim berakhir.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading