Bola Sepak Semasa

Berita gembira buat peminat bola sepak

Oleh MD. FARIQ

MENTERI Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan satu perkhabaran gembira menanti rakyat Malaysia terutama berkaitan sukan bola sepak.

Jelas Ismail Sabri, beliau memberitahu pengumuman penting itu akan dilakukan esok.

Bagaimanapun Ismail Sabri turut menegaskan perkhabaran gembira berkenaan sukan-sukan lain turut menanti selepas menyaksikan industri sukan tempatan terjejas disebabkan pandemik Covid-19 sejak Mac lalu.

“Ya, satu berita gembira untuk orang-orang sukan esok terutama bola sepak dan saya akan mengumumnya nanti,” katanya ekslusif malam ini.

Ismail Sabri sebelum ini memberikan isyarat kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) boleh mengemukakan permohonan sesi latihan fasa kedua.

Sesi latihan fasa kedua bermaksud setiap pasukan dibenarkan berlatih secara kontek fizikal sekali gus ia memberikan petanda untuk memulakan kempen Liga Malaysia (Liga-M) dengan lebih awal di mana perancangan sebelum ini menyambung kembali aksi domestik pada September depan.

Latihan fasa 1 telah menjadi penanda aras penting buat pasukan-pasukan yang sebelum ini telah mematuhi setiap Standard Operasi Prosedur (SOP) yang ditetapkan sebelum mereka dibenarkan melanjutkan ke fasa 2 yang dibenarkan berlatih tanpa sebarang penjarakkan sosial.

Biarpun Ismail Sabri enggan mengulas lanjut butiran lanjut berhubung pengumuman itu, perkhabaran gembira itu dijangka mengaitkan kelulusan sesi latihan Fasa 2 yang membenarkan kontak penuh dan keputusan untuk menyambung saingan Liga-M lebih awal.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: