Bola Sepak

SPRM reman pegawai belia dan sukan IPT


GEMPAR seketika dunia bola sepak tempatan apabila seorang pegawai belia dan sukan sebuah universiti tempatan direman bagi membantu siasatan berkaitan kes penyalahgunaan kuasa dan jawatan.

Perintah reman selama tiga hari bermula semalam hingga esok itu dikeluarkan Majistret Ellyna Othman selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam.

Seperti dilaporkan media, pegawai belia lelaki itu berusia 42 tahun ditahan SPRM Selangor kira-kira pada jam 3 petang di pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberikan keterangan.

Menurut sumber, pegawai belia itu yang juga memegang jawatan sebagai setiausaha dan pengurus kelab bola sepak universiti itu.m

Beliau didakwa menggunakan kedudukannya dalam memilih satu syarikat bagi menjadi ejen pengurusan membawa masuk pemain import ke kelab itu yang mana beliau mempunyai kepentingan terhadap syarikat terbabit.

Kes di siasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d