Antarabangsa Bola Sepak

Pellegrini bimbing Real Betis musim depan


Pellegrini pernah melatih Villarreal, Malaga dan Real Madrid.

MANUEL Pellegrini sah akan mengendalikan Real Betis mulai musim 2020/2021.

Untuk rekod, Betis menjadi kelab La Liga keempat yang akan diurus pengurus berasal dari Chile ini.

Sebelum ini, Betis telah memecat Rubi pada 21 Jun lepas dan jawatan itu dipikul sementara oleh pengarah kelab, Alexis Trujillo hingga akhir musim.

Tugas berat pasti menanti Pellegrini kerana diletakkan harapan tinggi bagi menjulang kembali prestasi Los Verdiblancos yang tampil buruk. Betis ketika ini berada di kedudukan ke-13 La Liga.

“Real Betis mengumumkan Pellegrini akan bersama pasukan utama bagi tempoh tiga tahun,” kata kenyataan laman web rasmi Betis.

Dia pernah melatih Villarreal, Malaga dan Real Madrid.

Prestasi terbaik Pellegrini adalah membantu Manchester City meraih satu gelaran Liga Inggeris dan Piala Liga (dua kali).


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d