Antarabangsa Lain-Lain

Karier Khabib tanpa ayahnya


DUNIA sukan telah tahu kesedihan dialami Khabib Nurmagomedov yang baru saja kehilangan bapa kesayangan Abdulmanap Nurmagomedov.

Bapanya meninggal dunia kerana sakit komplikasi yang juga disebabkan berpunca daripada virus corona.

Ramai peminat juara lightweight UFC itu tertanya-tanya bagaimana karier The Eagles selepas pemergian bapanya sekaligus merangkap jurulatihnya.

Abdulmanap menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat lalu dalam usia 57 tahun.

Ketiadaan Abdulmanap membuatkan karier Khabib menjadi persoalan kerana sebelum ini membantu jaguh dari Dagestan itu memenangi pelbagai kejuaraan di UFC.

Abdulmanap sendiri melatih Khabib bertarung sejak kecil lagi. Bermacam-macam jenis kemahiran diajarkan termasuklah aksi judo sehingga bertarung dengan seekor beruang.

Bersama Abdulmanap, Khabib menjadi juara kelas ringan UFC pada 7 April 2018. Gelaran itu dimenangi Khabib selepas mengalahkan Al Iaquinta.

Khabib juga mempertahankan gelaran juaranya itu, dengan mengalahkan dua pencabar terkemuka. Pertama, Conor McGregor pada 2018, kemudian Dustin Poirier pada September 2019.

Selepas kepergian Abdulmanap, karier gemilang Khabib kini menjadi perhatian peminat.

Daniel Cormier, kawan kepada Khabib, juga mengakui tak tahu meskipun sudah banyak berborak mengenainya.

“Saya bercakap dengan Khabib pada Rabu lalu tentang segalanya. Dia dalam situasi yang sukar pada saat ini. Latihan membuatnya lebih baik, tapi akan sangat sukar baginya untuk bertarung dalam kondisi seperti ini,”

“Sekarang, saya juga tak tahu apa yang akan terjadi padanya. Sungguh, saya tak tahu. Paling penting, adakah Khabib tahu siapa dia sekarang. Saya tak tahu adakah dia mampu melakukannya tanpa ayahnya,” kata Cormier kepada ESPN.

Sehingga kini, Khabib belum berdepan lagi sebarang kekalahan.

Bintang seni bela campuran berusia 30 tahun itu memiliki catatan belum tewas dari 28 pertarungan profesionalnya di UFC.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading