Antarabangsa Bola Sepak

Salah pastikan kemenangan ke-30 The Reds


Jordan Henderson meledak gol kedua membantu kemenangan pasukan.

LIVERPOOL terus dilandasan kemenangn selepas menumbangkan Brighton 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019-20 minggu ke-34 di Stadium Amex, awal pagi tadi.

Mohamed Salah menjadi bintang kemenangan Liverpool dengan meledak dua gol pada setiap babak dan sempat mencipta satu assist untuk gol yang dijaringkan Jordan Henderson.

Brighton sebelum itu sempat mengurangkan defisit jaringan menerusi gol Leandro Trossard.

Dengan kemenangan itu, Liverpool yang sudah dipastikan menjadi juara liga kini mengutip 92 mata, sedangkan Brighton kekal di kelompok ke-15 dengan koleksi 36 mata.

Bermula minit pertama, Liverpool terus menekan pasukan tuan rumah dan hasilnya Salah membuka tirai jaringan seawal minit keenam.

Dua minit berselang, Salah mencipta umpanan untuk Henderson melepaskan sepakan jarak jauh menembusi jaring Brighton yang dikawal Mat Ryan.

Lain-lain keputusan perlawanan, Manchester City belasah Newcastle 5-0, Sheffield United atasi Wolves 1-0 dan West Ham kalah kepada Burnley 0-1.

Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d