Antarabangsa motorsport Semasa

Hanya jentera Honda boleh kalahkan Marquez

Lorenzo melihat Marquez adalah pilihan untuk menjuarai musim 2020.

JORGE Lorenzo percaya Marc Marquez boleh melakukan lebih bagus berbanding pencabarnya yang lain dalam perlumbaan MotoGP 2020.

Menurutnya, Marquez hanya boleh dikalahkan jika kondisi jentera motor Honda yang ditungganginya tidak berada pada tahap terbaik.

Marquez kerap mendominasi kelas utama sejak penampilan pertama pada 2013.

Pelumba Repsol Honda itu memenangi enam dari tujuh musim terakhir, kecuali 2015 yang mana harus merelakan gelaran juara direbut Lorenzo.

Pada musim 2019, pelumba kelahiran Sepanyol itu nyaris tidak tertandingi. Musim 2020 pula perlumbaan dibatalkan akibat pandemi virus corona.

“Sudah pasti Marc adalah pilihan. Dia selalu juara sejak 2013, kecuali pada musim yang saya menangi.

Dia datang ke MotoGP dan juara sebagai seorang rookie. Dan ia selalu terjadi (juara) hampir di setiap tahun,” ungkap Lorenzo kepada MotoGP.com.

Jelas Lorenzo, tidak seperti ujian percubaan, jentera motor lebih penting di MotoGP. Ada banyak perkara yang memengaruhi iaitu mesin, chasis, elektronik.

“Jika Marc berdepan masalah dengan motornya atau Honda tidak cukup kompetitif, dia akan sukar bersaing dengan motor Yamaha Quartararo yang sangat bagus dan kencang. Dovi, Valentino atau Rins dengan Suzuki-nya tidak boleh dipandang sebelah mata.

“Saya ulangi ya, bergantung motornya. Kalau Honda kompetitif, Marc pilihan. Kalau motornya ada masalah, dia boleh kehilangan gelaran juara,” tambah Lorenzo.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: