Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Bukan masa untuk kesal atau kecewa

Gol kedua tuan rumah dijaringkan Robert Glatzel pada minit ke 41 gagal membantu kemenangan pasukan.

BOS Cardiff City, Neil Harris mengubah pemikiran dan memfokuskan kepada perlawanan seterusnya selepas pasukannya tewas tipis 2-3 dalam aksi bertemu Blackburn Rovers, awal pagi tadi

Ia kekalahan pertama dialami sejak 25 Februari lepas, dan oleh itu Neil bertekad mahu anak didiknya bangkit kembali dengan cepat pada akhir minggu ini.

“Pertama sekali, kami tentu kecewa. Dua gol pertama sepatutnya boleh dielakkan dan ia mengecewakan.

“Tetapi saya sudah beritahu kepada para pemain, kita harus belajar daripada itu. Saya melihat diri saya, pemain saya dan persembahannya,” katanya dalam Cardiffcityfc.co.uk.

Neil juga tidak berminat menuding jari kepada sesiapa sebaliknya menumpukan perhatian baki lima perlawanan akan datang.

“Kita harus melihat positif meraih sepuluh mata dari lima perlawanan. Sekarang bukan waktunya untuk terlalu banyak menganalisis atau memarahi pemain,” ujarnya.

Jelas Neil, mereka harus bertindak balas pantas pada pertembungan getir di Fulham.

“Tidak sama sekali. Ini mengenai pada aksi Jumaat (Sabtu waktu Malaysia) ini berdepan Fulham,” ujarnya.

The Bluebirds kini berada pada kelompok enam teratas Liga Kejuaraan dengan mengutip 64 mata selepas mengharungi 42 perlawanan.

Pada aksi di Stadium Cardiff City itu, tuan rumah dua kali mendahului pelawat hasil jaringan Will Vaulks pada minit ke 14 dan Roberts Glatzel (m-41) namun pelawat meraih tiga mata apabila Danny Graham (m-22), Dominic Samuel (m-46) dan Adam Armstrong (m-70) menjaringkan gol untuk memastikan kemenangan 3-2 ke atas tuan rumah.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: