Pandemik Covid-19 penyebab bayaran kemenangan LTdL lewat

Scroll down to content

MERUJUK kepada isu mengenai kelewatan pembayaran wang kemenangan kepada pemenang PETRONAS Le Tour de Langkawi 2020, pihak penganjur, Human Voyage ingin menjelaskan bahawa proses pembayaran semua hadiah perlu dibuat kepada pihak Union Cycliste Internationale (UCI) melalui satu sistem khas yang disediakan oleh badan induk tersebut dalam tempoh 90 hari selepas tamat perlumbaan.

Namun begitu, proses tersebut menghadapi kekangan berikutan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia disusuli dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia yang berkuat kuasa sejak 18 Mac 2020, terutamanya dengan penutupan bank cawangan kami sehingga 31 Mei 2020.

“Justeru itu, semua proses yang melibatkan bank tidak dapat dilakukan dan tergendala terutamanya Telegraphic Transfer ke luar negara memandangkan jumlah yang perlu dilakukan adalah besar.

“Sebagai langkah proaktif, pihak penganjur telah pun berhubung dengan pihak UCI untuk memaklumkan situasi ini serta mendapatkan bantuan bagi menyelesaikan semua pembayaran wang kemenangan,” kata kenyataan rasmi LTdL semalam.

Difahamkan, pihak penganjur masih menunggu maklum balas UCI bagi proses yang perlu dilakukan dalam tempoh PKP ini.

“Pihak penganjur sedang berusaha untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin dan berharap agar tiada lagi penangguhan bagi semua pembayaran yang perlu dilakukan kepada semua pemenang,” katanya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: