Uncategorized

Anthong FC batal kontrak Zafuan


Foto kredit : Facebook Zafuan Azeman

JODOH antara Zafuan Azeman dengan kelab Angthong FC tidak berpanjangan.

Ini kerana, pasukan Liga Thailand 3 itu membatalkan kontrak Zafuan berikutan wabak pandemik Covid-19.

“Hari ini saya sangat sedih untuk mengumumkan bahawa saya harus berpisah kerana pengumuman kelab untuk membatalkan kontrak pemain akibat wabak Covid19.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada presiden kelab, kakitangan, jurulatih, rakan sepasukan dan semua orang yang berkaitan dengan kelab kerana menjaga saya dengan baik sejak kedatangan saya ke sini, ” ujarnya menerusi Facebook peribadinya semalam.

Untuk rekod, pemain berbakat, tinggi lampai ini pernah berlatih ke beberapa pasukan luar negara seperti Venezia FC (Itali), Bangkok United dan Chainat Hornbill (Thailand).

Buat Zafuan, selama maju jaya dan anda mungkin boleh mencari kelab lain selepas ini.

Ada rezeki, tak kemana-mana kan..


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d