Uncategorized

Hadi, Yakult hulur bantuan kanak-kanak pesakit kanser


Hadi Fayadh (kiri) berjabat tangan dengan Hiroshi.

WALAUPUN berada beribu batu dari tanah air negara, pemain penyerang bola sepak kebangsaan dan juga Kelab Fagiano Okayama, Hadi Fayadh Abdul Razak yang berada di Okayama, Jepun masih lagi melaksanakan tanggungjawab sosialnya dalam membantu mereka yang memerlukan di Malaysia.

Terbaru, beliau bersama syarikat Yakult Malaysia Sdn Bhd menyumbang dana berjumlah RM60,000 untuk lima tahun akan datang bagi membantu kanak-kanak pesakit kanser yang berada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) melalui Persatuan Sokongan Kanser Kanak-Kanak PPUKM ataupun CAKNE.

“Saya berharap agar sumbangan yang di berikan ini dapat membantu meringankan beban perbelanjaan yang perlu di tanggung oleh ibu bapa setiap kanak-kanak ini apatah lagi dalam keadaan sekarang di mana semua pihak tidak berada dalam keadaan senang berikutan pendemik Covid 19. Tambahan pula, tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Walaupun tidak berada di Malaysia, kanak-kanak yang berada di Malaysia sentiasa dekat di hati saya. Bersama Yakukt Malaysia, saya sentiasa melibatkan diri dalam program-program yang melibatkan kanak-kanak.

“Sebelum ini saya pernah bersama mereka dalam penganjuran klinik bola sepak di seluruh Malaysia,” kata Hadi Fayadh.

Sementara itu, Pengarah Urusan Yakult Malaysia Sdn Bhd, Hiroshi Hamada menyatakan bahawa sumbangan ini akan di teruskan selama lima tahun dan mungkin diteruskan lagi selepas itu.

Katanya lagi, Ini juga merupakan salah satu daripada projek Tanggungjawab Sosial Korporat daripada pihak Yakult.

“Saya berasa amat kagum dengan keprihatinan Hadi apabila menerima mesej daripadanya suatu malam di hujung bulan April lalu di mana dia menyatakan hasratnya untuk menyedekahkan sebahagian daripada gajinya kepada kanak-kanak yang memerlukannya.

“Oleh itu, aktiviti kebajikan ini dicetuskan oleh Hadi sendiri dan kami sudah tentu sedia menyokong usaha murninya.

“Kami memilih Persatuan Cakne ini kerana bersimpati dengan nasib kanak-kanak penghidap kanser.

“Kami juga telah membuat perancangan untuk menjalankan program bersama Hadi Fayadh untuk kanak-kanak terlibat pada penghujung tahun ini. Ianya mungkin dapat menceriakan hati mereka,” ujarnya.

Yakult merupakan minuman probiotik yang mengandungi kultur hidup Shirota strain yang terbukti secara saintifik membantu menguatkan sistem penghadaman dan imun badan.

Minuman Yakult kini dihidangkan kepada para pesakit di 51 buah hospital di seluruh negara, dan turut diiktiraf sebagai Minuman probiotik rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Institut Sukan Negara.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading