Uncategorized

Manchester United tegur Marcos Rojo ?


KELAB gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dikhabarkan bakal menegur pemain mereka, Marcos Rojo yang kantoi melanggar peraturan lockdown di Argentina.

Sejak Januari lalu, United memutuskan untuk meminjamkan Rojo ke Estudiantes. Tempoh pinjaman ini sepatutnya akan berakhir pada penghujung musim ini.

Namun, Rojo sempat tampil sekali bersama Estudiantes kerana dia mengalami kecederaan dan liga kemudian dihentikan pada Mac lalu akibat wabak virus Covid-19.

Seperti kebanyakan negara di dunia, Argentina ketika ini juga melakukan langkah-langkah keselamatan untuk memerangi penyebaran virus Covid-19.

Namun, baru-baru ini tersebar video yang memperlihatkan Rojo tengah bermain poker serta merokok bersama kawan-kawannya. Tindakan ini jelas telah melanggar peraturan lockdown.

Menurut Goal International, Manchester United yang mendengar khabar ini dikatakan terus menegur Rojo dan mengingatkan pemain pertahanan berusia 30 tahun itu akan tanggungjawab dirinya.

Beberapa minggu lalu Rojo ada membuat satu permintaan kepada Manchester United, untuk membenarkan dirinya berada lebih lama di Estudiantes.

“Saya akan berbincang dengan pengurusan Manchester United mengenai kemungkinan untuk bertahan di sini selama enam bulan lagi.

“Saya akan merasakan sakit yang luar biasa jika saya harus pergi setelah hanya bermain beberapa kali. Sekarang saya sudah sepenuhnya pulih, dan cergas untuk kembali bermain,” kata Rojo.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d