Uncategorized

Liga Malaysia 2020 : Kena tunggu pengumuman esok atau Jumaat


KERAJAAN akan mengumumkan keputusan sama ada membenarkan saingan Liga Malaysia musim ini diteruskan atau tidak selewat-lewatnya pada Jumaat.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Sabri Ismail Yaakob berkata, pihaknya telah menerima surat daripada Menteri Belia dan Sukan (KBS) berkaitan aktiviti bola sepak.

“Untuk bola sepak…saya telahpun menerima surat menteri KBS untuk kita putuskan dari segi bola, liga bola sepak boleh ke tak boleh untuk dilaksanakan.

“Seperti yang saya umumkan, kalau tak boleh waktu terdekat bila boleh dimulakan.

“Jadi semua perkara yang berkaitan dengan kementerian akan dibincangkan esok.

“Insya-Allah, kalau saya tak umumkan esok, mungkin hari Jumaat,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Semalam, Cakap Sukan melaporkan kerajaan masih kekal dengan keputusan tidak membenarkan saingan Liga Malaysia diteruskan untuk memutuskan rantaian penularan koronavirus (Covid-19).

Bagaimanapun sekiranya ada permohonan secara rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau Kementerian Belia Sukan yang meminta saingan itu diteruskan, perkara itu akan diteliti kerajaan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d