
PEMIMPIN tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un rupa-rupanya peminat sejati pasukan Inter Milan dan Manchester United.
Dalam dunia bola sepak, Jong Un merupakan ayah buat seorang bekas pemain Juventus.
Menurut ahli politik Itali, Antonio Razzi, Jong Un sangat obses kepada kelab Inter Milan semasa zaman kuliahnya di Switzerland.
Dia gemar menonton perlawanan secara langsung melibatkan pertandingan pasukan Nerazzurri dan AC Milan di Stadium San Siro, ataupun lebih dikenali sebagai Giuseppe Meazza.
Di tengah-tengah isu Kim Jong Un yang kononnya dikatakan telah meninggal dunia, muncul pula berita beberapa tahun lalu bahawa dia juga menggemari kelab Inggeris, Manchester United.
Korea Utara sebenarnya memiliki kawalan ketat berkaitan dengan media. Tapi Jong Un dikhabarkan hendak ‘menularkan’ pasukan kegemarannya kepada The Red Devils sehingga menayangkan semua pertandingannya ke seluruh Korut melalui TV pihak kerajaan.

Sebelum itu, muncul pula gosip bahawa Jong Un memiliki hubungan khusus dengan seorang pemain bola sepak Korea Utara, yang sempat beraksi di Serie A.
Nama pemain itu adalah Han Kwang-song, yang kini berusia 21 tahun. Sekarang dia sedang bermain di Qatar bersama Al-Duhail, tapi Han Kwang-song sebenarnya sempat menyertai skuad Juventus.
Juventus menandatangani Kwang-Song musim panas lalu dengan bayaran yang dilaporkan 4.6 juta dolar USD.
Namun, dia gagal mendapat rentak, bergelut untuk masuk ke dalam pasukan pertama, dengan hanya dua penampilan dari bangku simpanan.

Dia kemudian kerap bermain untuk pasukan Juventus Bawah 23 Tahun. Walaupun membuat 17 penampilan, dia gagal mengakhiri kemarau golnya.
Saat ini, Kwang-song tercatat sebagai pemain Korea Utara yang bermain di Serie A sebelum dilepaskan ke kelab Qatar.
Kwang-song juga sempat menarik perhatian kelab besar Inggeris seperti Arsenal, Everton, dan Liverpool. Tapi perpindahannya dikhabarkan sulit kerana hukuman yang dikenakan terhadap Korea Utara.
Mundo Deportivo pernah mendedahkan Jong-un bertindak sebagai bapa kepada Kwang-Son. Terdapat juga laporan bahawa Jong-un mengendalikan setiap aspek dalam karier bola sepaknya.
Pemain juga tidak dibenarkan menghadiri sidang media, sesuatu yang sinonim dengan Korea Utara di bawah kendalian Jong Un !
Add Comment