
BINTANG Manchester City, Sergio Aguero mendedahkan sebahagian besar pemain masih takut untuk kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) di tengah pandemi virus Covid-19.
Seperti diketahui, EPL mungkin dapat dilanjutkan pada awal Jun depan setelah ditangguhkan pada bulan Mac lalu.
Difahamkan, perkara ini akan dibahas lagi dalam pertemuan yang akan diadakan pada hari ini.
“Majoriti pemain takut kerana mereka punyai keluarga, anak dan bayi.
“Ketika kita (EPL) kembali, saya membayangkan bahawa kita akan sangat tegang. Kita akan sangat berhati-hati dan jika seseorang berasa sakit, anda akan berfikir, ‘apa yang terjadi di sana?’
“Itu membuatkan saya takut,” kata penyerang handalan Manchester City asal Argentina ini.
Ketika ini,The Citizen masih ketinggalan 25 mata dari pendahulu liga, Liverpool ketika EPL ditangguhkan.
Skuad kendalian Pep Guardiola masih bermain di Liga Juara-Juara dan Piala FA.
Sumber : El Chiringuito TV
Add Comment