Uncategorized

Puaka Jerai kagum komitmen Presiden KFA

PENGHARGAAN Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk penyokong skuad Lang Merah dan kepada barisan hadapan atau Frontliners yang sedang berkorban memerangi wabak pandemik Covid-19 mendapat perhatian penyokong setia hijau kuning.

Presiden Kelab Penyokong Puaka Jerai (PJFC), Zulkifli Hashim kagum komitmen ditunjukkan seluruh warga KFA mengenai amalan ‘Stay at home‘ serta nasihat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Video berdurasi tujuh minit yang dimuat naik pada laman rasmi itu meliputi pesanan daripada Presiden, Setiausaha Kehormat, Pengurus, Ketua Jurulatih dan pemain-pemain pasukan Kedah.

“Saya difahamkan Presiden KFA (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) menyeru kepada semua penyokong, pemain dan kita semua mematuhi PKP pada hari ini.

“Bagi saya mesej ini cukup berguna demi keselamatan kita semua. Beliau tak lupa terhadap penyokong, pemain dalam kita dilanda Covid-19. Beliau juga menyeru kita semua duduk di rumah dan lakukan aktiviti di rumah.

“Saya yakin dan percaya penyokong, pemain dan kita semua menyambut baik pesanan disampaikan dan beliau juga tak melupakan jasa pengorbanan wira kita di barisan hadapan,” kata Zulkifli dikenali sebagai Puaka Jerai yang sentiasa menjadi tumpuan penyokong Kedah dan pasukan lawan terutama pada pentas final kerana penampilannya yang unik.

Sementara itu, Puaka Jerai yang merupakan Ikon Penyokong Bola Sepak Kedah oleh peminat Lang Merah mengulangi pendiriannya menghormati barisan kepimpinan KFA.

“Saya memang respect dan tabik spring kepada Presiden KFA yang sentiasa ambil berat kepada penyokong dan pemain Kedah.

“Alhamdulillah, bukan senang nak dapat (pemimpin ambil berat)… Kalau bolehlah, biarlah sentiasa dan selalu dan bukannya sebab musim Covid-19 ini sahaja.

“Penyokong ini penting, kena jaga betul-betul dan bagi saya tuan presiden telah buat yang terbaik,” ujarnya lagi.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: