Uncategorized

Bekas penyerang Harimau Malaya meninggal dunia : FAM


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Teoh Seng Hoe, 70, bekas pemain bola sepak kebangsaan yang telah meninggal dunia di Butterworth, Pulau Pinang pada Rabu lalu akibat serangan jantung.

Mendiang yang beraksi di posisi penyerang merupakan anggota skuad Harimau Malaya ketika kempen Pestabola Merdeka 1970 dan Kejuaraan Remaja Asia.

Menurut laman Facebook rasmi FAM sebentar tadi, bekas pemain Selangor itu turut pernah beraksi bersama-sama Dato’ Soh Chin Aun, Dato’ Namat Abdullah, Shaharuddin Abdullah, Dato’ Shukor Salleh, Wong Kou Foo dan Wong Choon Wah.

Selepas bersara, mendiang menjadi jurulatih untuk kelab-kelab tempatan di Pulau Pinang antaranya Intel FC dan Penang Chinese FA.

Pada eranya, mendiang merupakan salah seorang pemain penyerang terbaik untuk Malaysia.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading