Uncategorized

KBS bantu frontliners lawan Covid-19

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) terus komited membantu barisan hadapan (frontliners) dalam melawan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara.

Program itu merupakan hasil kerjasama strategik terbaharu bersama Pertubuhan Tweet Perubatan Malaysia (MedTweetMY) melalui penglibatan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).

Menurut Facebook rasmi KBS Malaysia hari ini, sebanyak lapan buah ILKBS yang mempunyai kepakaran tenaga pengajar dan kelengkapan peralatan terlibat dalam menghasilkan 45,000 PPE yang melibatkan Isolation Gown, Head Cover, Boot/Shoe Cover, Degradable Single Use Plastic Apron dan Face Shield bagi kegunaan klinik kesihatan dan hospital.

“KBS sentiasa membuka ruang kerjasama dengan semua pihak melalui ILKBS untuk membantu frontliner Negara mencegah Covid-19,” kata kenyataan itu.

Majlis penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican.

“Saya merakamkan ribuan terima kasih kepada MedTweetMY serta semua organisasi termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan yang memilih untuk bekerjasama dengan ILKBS dalam penghasilan keperluan PPE bagi membantu barisan hadapan merawat penularan wabak COVID-19.

“Ini sememangnya satu pengiktirafan sektor kesihatan kepada bidang teknologi dan produk TVET KBS,” kata Reezal Merican.

Turut hadir Datuk Dr. Waitchalla R.R.V Suppiah, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dr Khairul Hafiz Al-Khair (Pengerusi Med Tweetmy), Dato’ Dr. Hjh Wasitah Hj. Mohd Yusof, Pengarah Kemahiran(Pembangunan Kemahiran Belia), Puan Rosnoizam Abdul Majid (Pengarah IKTBN Sepang) dan Dr Ibrahim Shahruddin (Ketua Koordinasi Tabung #COVID19MTM medtweetmy di IKTBN Sepang.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: