Uncategorized

Bekas pemain Everton mahu Liverpool diangkat sebagai juara EPL

TIDAK pasti adakah sekadar sinis atau ikhlas, biarlah Joseph Yobo sahaja yang tahu.

Ini kerana, bekas pemain Everton itu menilai tidak adil jika Liverpool yang telah tampil agresif pada musim ini tidak diberikan gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL).

Liverpool kukuh di puncak EPL dengan kelebihan 25 mata berbanding Manchester City yang berada di tangga kedua.

Hanya perlukan lagi dua kemenangan, The Reds boleh memastikan gelaran juara musim ini.

Namun, kempen EPL kini terpaksa ditangguhkan seketika kerana pandemi virus Covid-19 yang merebak di seluruh dunia termasuk England.

Dalam situasi seperti ini muncul pandangan pro dan kontra mengenai gelaran juara yang hampir dimiliki oleh Liverpool.

Ada yang setuju The Reds yang sudah dianggap menjadi juara, tapi ada pula yang mengusulkan supaya pertandingan musim ini dibatalkan.

“Jika saya ingin bersikap sentimental, saya boleh saja mengatakan tidak mahu mereka menjadi juara. Namun, saya mencintai bola sepak dan demi bola sepak dunia dan cara mereka bermain, mereka layak meraih gelaran juara EPL. Perbezaan 25 mata bukanlah sesuatu yang main-main,” ujar Yobo seperti dipetik Goal International.

Baru-baru ini muncul khabar angin yang menyebut bahawa pihak FA England dan pengurusan liga bercadang untuk menyelesaikan EPL musim ini dalam tempoh lima minggu.

Menurut laporan tersebut, FA dan pihak EPL merancang untuk kembali melanjutkan liga sekitar awal Jun 2020.m

Ini bermakna, baki sembilan pertandingan EPL akan dijalankan dalam tempoh lima minggu sahaja.

Lebih tepat, setiap minggu, setiap kelab masing-masing bermain dua perlawanan.e

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: