Uncategorized

Terima kasih TMJ : PFAM


PERSATUAN Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional (PFAM) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atas sokongan yang diberikan kepada para pemain dalam isu rundingan kontrak yang disarankan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL).

“Kenyataan dan sokongan yang diberikan oleh Tunku membuktikan keprihatinan Baginda yang selama ini sentiasa menyokong usaha memartabatkan kerjaya pemain bolasepak profesional.

“Ini juga merupakan isyarat jelas bahawa hak dan kebajikan pemain perlu dihormati terlebih dahulu sebelum apa-apa proses rundingan dilakukan,” kata kenyataan rasmi PFAM.

Sementara itu, PFAM juga ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT, yang sentiasa komited dalam menjaga hak pemain menerusi pematuhan kontrak serta pengurusan yang profesional.

“Sehubungan itu, kami ingin menggesa agar pasukan-pasukan yang mempunyai tunggakan, agar segera melunaskan tunggakan masing-masing, dan seterusnya menerima dua syarat yang diletakkan bagi memastikan proses rundingan bersama para pemain dapat dilaksanakan secara telus dan saksama.

“Terima kasih Tunku! ,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d