Uncategorized

Selesaikan hutang dulu, baru potong gaji !


Kredit : JOHOR Southern Tigers

WABAK pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini memberi kesan kepada pasukan bola sepak dan terdapat pemain yang sedia memberi kerjasama berkaitan pemotongan gaji.

Walaupun begitu, sebelum pasukan memotong gaji, harus dipastikan bahawa kelab atau pasukan yang berhutang dengan pemain menyelesaikan hutang tersebut dengan pemain terlebih dahulu.

“Jangan masih ada tunggakan dua atau tiga bulan gaji tidak dibayar tetapi hendak menggunakan alasan Covid-19 untuk membuat pemotongan gaji.

“Pasukan seperti Kedah, Kelantan, Melaka United dan Pulau Pinang harus menyelesaikan hutang dengan pemain mereka sebelum memotong gaji ekoran pandemik ini,” jelas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menerusi Facebook rasmi JOHOR Southern Tigers.

Beliau bertegas, ini bukan soal pemain tidak mahu memberi kerjasama atau tidak, malah katanya, semua pemain bersedia untuk bekerjasama.

“Pastikan segala hutang dengan pemain diselesaikan terlebih dahulu sebelum memberi alasan Covid-19 untuk memotong gaji mereka.

“Kebanyakan pasukan bergantung 100 peratus peruntukan daripada kerajaan negeri dan tidak mungkin pasukan-pasukan ini masih tidak membayar gaji.

“Ini boleh diumpamakan seperti tidak memegang amanah dengan sewajarnya. Mana-mana pasukan tidak seharusnya membebankan kerajaan negeri,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d