Uncategorized

Valentino Rossi sertai perlumbaan MotoGP Virtual Race

PELUMBA Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi, mengambil bahagian perlumbaan MotoGP Virtual Race Pusingan 2, malam tadi.

Meskipun gagal menamatkan di kedudukan teratas, Rossi menikmati perlumbaan itu yang dijalankan secara virtual.

The Doctor tidak mengambil bahagian pada MotoGP Virtual Race edisi pertama, 29 Mac lalu.

Pada pusingan yang dilangsungkan di Litar Mugello, Itali, ia telah dimenangi oleh Alex Marquez.

Malam tadi, Rossi menjadi salah satu daripada 10 pelumba yang bersaing pada MotoGP Virtual Race di Litar Red Bull Ring, Austria.

Lucunya, Rossi, 41 nampak kesukaran ketika berlumba di permainan MotoGP19.

Lelaki asal Itali itu beberapa kali berselisih bahu dengan pelumba lainnya, hingga terkeluar ke garisan litar.

Rossi akhirnya berpuas hati mengakhiri perlumbaan virtual tersebut di kedudukan ketujuh.

Valentino Rossi kalah kepada pelumba Pramac Ducati, Francesco Bagnaia, yang muncul juara. Bagnaia mencatatkan masa 13 minit 47,091 saat.

“Saya mencuba di selekoh terakhir, kerana Danilo ada di depan, tidak terlalu jauh dari saya, tetapi Danilo terlalu bagus di PlayStation!

“Jadi, saya menyentuhnya dan saya terjatuh,” jelas Rossi terlibat insiden dengan Danilo Petrucci pada lap terakhir.

Bagaimanapun katanya, dia tetap menikmatinya permainan berkenaan dan berazam meningkatkan prestasi pada perlumbaan virtual akan datang.

Keputusan :

  1. Francesco Bagnaia (Pramac Ducati)
  2. Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha)
  3. Marc Marquez (Repsol Honda)
  4. Alex Marquez (Repsol Honda)
  5. Fabio Quartararo (Petronas Yamaha SRT)
  6. Danilo Petrucci (Ducati) –
  7. Valentino Rossi (Monster Energy Yamaha) –
  8. Takaaki Nakagami (LRC Honda) –
  9. Michele Pirro (Ducati) –
  10. Tito Rabat (Reale Avinta Racing)

Sumber: MotoGP

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: