Uncategorized

Saya bukan menghilangkan diri tapi…..


“Saya tak berniat untuk membuka aib sesiapa. Disebabkan hal ini dijadikan isu, mengaitkan reputasi saya perlu menjelaskan kedudukan sebenarnya apa yang berlaku demi membersihkan nama.”


Itu komen Pengarah Urusan Offside Sport, Abdul Halim Abdul Shukor yang tampil menafikan dakwaan Norshahrul Idlan Talaha susulan cuba ‘mengelak’ penyerang BG Pathum United itu.


“Saya bukan menghilangkan diri tapi tidak mahu komen banyak kerana ada kes yang sedang berjalan antara Norshahrul saya, seorang lagi ejen Thai  (Agency Pro24), kelab Thai B(Glass) dan Thai FA. 

“Setelah dapat pandangan undang-undang, saya pilih untuk berdiam diri untuk tempoh ini,” katanya dipetik menerusi Facebook peribadinya.


Menurut Abdul Halim, sebelum Norshahrul tandatangan mandat ejen eksklusif  dengannya, tanpa pengetahuan beliau, dia telah terdahulu tandatangan dengan seorang ejen dari agensi Thai “Pro24”. 


“Bila Norshahrul tandatangan dengan Bangkok Glass, ejen Thai tersebut membuat aduan dengan Thai FA dan juga kelab Bangkok Glass. Kes ini masih berjalan dan kemudian dengan kemunculan virus Covid-19, mungkin ambil masa yang panjang.


“Disebabkan itu, sampai sekarang Thai Club, Bangkok Glass, tidak bayar yuran ejen saya kerana kes tergantung,” ujarnya lagi.


Walaupun demikian, kata Abdul Halim, rakan kongsinya dari Thailand, Mr Abbey, sentiasa menolong Norshahrul dengan hal-hal harian seperti mencarikan rumah dan lain-lain. 


“Saya telah cuba hubungi ejen Thai dari Pro24 tersebut untuk berbincang tetapi dia tetap berdegil hendak ambil tindakan. Itu hak dia. 


“Sebenarnya saya tidak mahu isu ini jadi umum tapi kerana Norshahrul buat kenyataan yang saya menghilangkan diri, saya terpaksa jawab juga,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d