Abdul Halim, hubungi saya segera…

PENYERANG kelab BG Pathum United, Norshahrul Idlan Talaha mahu ejennya Abdul Halim Abdul Shukor tidak lepas tangan dengan permasalahan yang dihadapi saat ini.

Jelas pemain yang dikenali sebagai Matyo itu, beliau juga tidak berminat memanjangkan perkara ini, sebaliknya mahu diselesaikan secara baik.

“Saya merayu kepada Abdul Halim supaya tampil menghubungi saya bagi sama-sama menyelesaikan perkara berkenaan.

“Harap beliau dapat hubungi saja saya segera dan kita boleh berbincang perkara-perkara yang berkaitan dengan baik dan janganlah lepas tangan,” katanya ekslusif kepada Cakap Sukan ketika dihubungi di Bangkok sebentar tadi.

Bintang skuad kebangsaan Harimau Malaya itu juga mengganggap kenyataan bertulis di Facebook yang dihantar oleh Pengarah Urusan Offside Sports itu adalah tidak benar.

Menurut Abdul Halim, sebelum Norshahrul menandatangani kontrak mandat ejen eksklusif dengannya, tanpa pengetahuan dirinya, dia terlebih dahulu menandatangani perjanjian dengan seorang ejen dari agensi Thailand iaitu ‘Pro24’.

Katanya lagi, apabila Norshahrul menandatangani kontrak bersama Bangkok Glass, ejen daripada Thailand tersebut telah membuat aduan kepada Thai FA dan juga Bangkok Glass.

Kes ini masih berjalan dan kemudiannya dengan kemunculan virus Covid-19, ia mungkin akan mengambil masa lebih panjang.

Sementara itu sumber rapat Cakap Sukan memberitahu, antara perkara dan masalah yang Matyo perlu hadapi di Bangkok adalah pergi ke Thailand tanpa ejen, duit deposit dan rumah sewa bayar sendiri termasuklah duit tiket kapal terbang.

“Matyo pergi training (latihan) pun naik grab sekali working permit tiada ejen Thailand nak claim kalau dia buat working permit.

“Itu masalah utama yang Matyo kena hadap sendiri saat ini,” kata sumber itu.

Dan, Matyo ketika ditanya Cakap Sukan tidak menafikannya dakwaan sumber berkenaan.

“Memang betul. Macam saya sebut tadi. Taknak la panjang cerita. Saya bawa nama Malaysia dan imej negara di Thailand.

“Kita tak nak lah jadi panjang. Saya nak beliau call (hubungi) saya saja. Dan selesai cara baik.

“Doakan saya selamat di sini bersama keluarga,” katanya yang masih berada di Bangkok.

Matyo juga memberitahu masih berada di Thailand berikutan Covid-19 yang melanda dunia termasuk negara yang dihuninya ketika ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: