
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mempelawa pelajar terutama peminat e-sukan menyertai UiTM Stay@Kolej PUBG Mobile Challenge April 2020 yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM900 pada 6 hingga 11 April 2020.
Penyertaan adalah terbuka kepada pelajar UiTM Shah Alam dan sebanyak 32 pasukan telah mengesahkan penyertaan.
Setiap pasukan akan dibahagikan kepada dua kumpulan, peringkat kumpulan akan dijalankan selama empat hari.
Lapan pasukan terbaik setiap kumpulan akan layak ke pusingan Grand Final pada 11 April 2020 serta memenangi wang tunai.
Kejohanan anjuran Pusat Sukan UiTM diadakan bagi mengurangkan tekanan para pelajar dan menggalakkan pelajar duduk di kolej atau di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Add Comment