Uncategorized

Covid-19 : UiTM FC Prihatin serah cek derma tabung khas Covid-19 UiTM

BAGI membantu meringankan beban pelajar-pelajar UiTM yang tidak dapat pulang ke kampung kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan hingga 14 april, kelab bola sepak pelajar UiTM (UiTM FC), telah mengadakan program kutipan derma bagi mengisi dana tabung khas Covid-19 UiTM.

Pelajar-pelajar ini yang merupakan penyokong kuat pasukan UiTM FC yang sentiasa berada bersama pasukan UiTM FC baik perlawanan diadakan di stadium UiTM mahupun di stadium lawan.

“Sudah sampai masanya kita pula menghulurkan sumbangan kepada mereka yang terlibat. Kalau selama ini para pemain UiTM FC sentiasa mengharapkan sokongan penyuntik semangat bila kita bermain, maka kali ini kita merasakan pula kesusasahan para penyokong kita. Oleh itu bila pihak pengurusan UiTM FC melancarkan program UiTM FC Prihatin bagi membantu mereka, saya terus memberi sokongan penuh,” kata Mohd Faizal, kapten UiTM FC.

Majlis penyerahan cek sumbangan UiTM FC telah disampaikan oleh Ybhg Prof Dr Azizan Abdullah selaku Presiden UiTM FC yang juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM kepada Ybhg Prof Emiritus Datuk Dr Azraii Kasim, Naib Canselor UiTM.

Menurut Prof Azizan, sumbangan yang diberikan adalah hasil kutipan yang dibuat daripada para pegawai, jurulatih dan pemain dari skuad Liga Super, skuad piala presiden dan skuad piala belia UiTM FC.

Para penyokong dan peminat yang ingin turut serta dalam program CSR UiTM FC Prihatin ini boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Affin Islamic Bank, bernombor 105140003422 atas nama Bendahari UiTM.

Peminat boleh melayari akaun Facebook UiTM FC https://www.facebook.com/441518776014047/posts/1637976299701616/ untuk maklumat lanjut.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: