
SETELAH berjaya denganpenganjuran edisi sulung eRacing Grand Prix SEA (eRGP SEA) tahun lalu, Axle Motorsport sekali lagi tampil untuk merancakkanE-Sukan dengan saingan lumba simulator – eRGP SEA – Global Edition yang menyaksikan para pelumba terbaik serantau bersainguntuk menjadi jaguh lumba simulator.
eRGP SEA – Global Edition ini menampilkan sebanyak enampusingan perlumbaan yang turut merangkumi dua kategori iaituGT3 dan GT4.
Kelas profesional GT3 akan menyaksikan para perlumba beraksimenggunakan jentera berkuasa tinggi antaranya Ferrari, Porsche, Mercedes mahupun BMW.
Kategori ini juga akan menampilkan jaguh profesionalantarabangsa seperti pelumba Formula E. Edoardo Mortara, pelumba WTCR Yann Ehrlacher, dan pelumba Formula 2 Arjun Maini bertarung secara virtual. Para pelumba akan dibahagikankepada dua kumpulan sebelum 10 kelompok pelumba teratas akanmara ke pusingan akhir.
Sementara itu, kelas GT4 pula menyaksikan para pelumba amaturbersaing menggunakan jentera seperti BMW M6 dan KTM X Bow. Kategori ini diperkenalkan bagi memberi ruang dan peluangbuat para pelumba baharu untuk menyesuaikan diri denganperlumbaan simulator.
Bekas jaguh Formula 1 negara Alex Yoong yang juga pengasasAxle Motorsport, mengakui beliau amat tertarik dan teruja dengan kualiti yang dipamerkan oleh para pelumba yang menyertai edisi ini meskipun wabak pandemik COVID-19 yang telahmerencatkan seketika saingan sukan permotoran antarabangsa.
“Selepas kejayaan penganjuran edisi tahun lalu, ianya telahmendorong kami untuk lebih giat mengadakan perlumbaansimulator ini dan wabak COVID-19 telah membuatkan kami amatrancak untuk meneruskan e-Racing menerusi eRGP SEA – Global Edition ini,” kata Alex. “Kami amat tertarik dengan kualtipemanduan yang dipamerkan oleh para pelumba kerana ramai di antara pelumba terbaik telah mengenali platform eRGP SEA ini.”
Alex menambah: “Selari dengan slogan kami iaitu#virtualtoreality, kami tekad untuk merealisasikan impian para pelumba yang mahu berlumba di litar sebenar satu hari nanti. Pertandingan seperti ini juga membantu mereka untuk duduk di rumah dan menggunakan peluang ini untuk berlumba dengansimulator.”
Pemenang kelas GT3 dan pelumba muda terbaik (usia 16-20) bakal berpeluang untuk menguji jentera sebenar bersama denganpasukan terbaik rantau ini, Black Arts Racing sebagai persiapanmereka menjelang musim baharu perlumbaan F3. Sementara bagipemenang kelas GT4 akan menyertai kelas pelumba bersamadengan Akademi Axle Motorsport serta memenangi beberapabarangan eksklusif.
Para pelumba yang berminat perlu melalui pusingan kelayakanmelalui carta pelumba di RaceRoom yang dibuka pada setiapIsnin sehingga Khamis setiap minggu. Pelumba yang berjaya pula akan terlibat dengan sesi latihan pada setiap Jumaat bermula jam 5 hingga 7 petang.
Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan eRacing Grand Prix SEA Global Edition 6, sila layarilaman Facebook di www.facebook.com/ergpsea atau lamansesawang www.ergpsea.com.
Add Comment