Uncategorized

Covid-19 : KWP cakna kepada atlet, jurulatih Sukma Wilayah Persekutuan

ANNUAR MUSA 📸 Wilayahku

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) melalui Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) sentiasa prihatin terhadap atlet dan jurulatih di bawah MSWP yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, susulan PKP ini latihan secara intensif tidak dapat dilaksanakan oleh jurulatih dan atlet MSWP.

“Walau bagaimanapun, program latihan berterusan telah disediakan oleh jurulatih
manakala pemantauan dilaksanakan menggunakan kaedah pelaporan secara video.

“Selain itu, bagi mengekalkan tahap kecergasan atlet sepanjang tempoh PKP ini,
MSWP telah menyediakan modul suaian fizikal setiap hari melalui video untuk
dilaksanakan oleh atlet di rumah.

“Jurulatih sukan masing-masing turut menyediakan modul latihan yang bersesuaian untuk dilaksanakan oleh atlet di rumah,” katanya menerusi kenyataan media sebentar tadi.

Sehubungan itu, katanya, KWP melalui Inisiatif Wilayah Cakna telah mempertimbangkan dan
memutuskan agar pembayaran elaun latihan secara penuh kepada atlet dan jurulatih diteruskan sepanjang tempoh PKP.

“Pembayaran elaun berkenaan merupakan tanda keprihatinan KWP terhadap perkara berkaitan dengan kebajikan atlet dan jurulatih bagi ketiga-tiga Wilayah iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kegusaran seramai 700 orang atlet dan 103 orang jurulatih Wilayah Persekutuan di bawah MSWP.

“Diharapkan juga pembayaran elaun ini dapat mengekalkan motivasi jurulatih dan atlet untuk cemerlang di Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke 20 di Johor kelak,” ujarnya.

Anggaran kos pembayaran elaun latihan kepada jurulatih dan atlet ini adalah
sebanyak RM600,000 bagi bulan Mac dan April 2020.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: