Uncategorized

Covid-19 : Safawi sumbang 1,000 botol hand sanitiser’

Safawi sumbang 1,000 botol hand sanitiser kepada pihak KPJ Johor. 📸 Johor Southern Tigers

BINTANG bolasepak Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid menyumbangkan 1,000 botol ‘hand sanitiser’ kepada KPJ Johor bagi membantu memerangi penularan pandemik Covid-19 yang sedang merebak di seluruh negara.

Dipetik dalam laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers semalam, penyerang kebangsaan berusia 23 tahun itu turut mengedarkan cecair berkenaan kepada beberapa anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas membantu menangani pandemik tersebut.

Sebelum ini, para pemain JDT telah bersetuju untuk mendermakan sebahagian daripada gaji mereka kepada Tabung Bencana Negeri Johor.

Para pemain, jurulatih dan kakitangan JDT yang juga bersetuju dengan pemotongan gaji 33 peratus, sekaligus menerima pujian daripada Konfederasi Bolasepak Asia, Persatuan Bolasepak Malaysia dan Malaysian Football League.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: