
Beberapa tahun lepas, di Madeira, kampung asal bintang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo terdapat sebuah patung peringatan yang didirikan di sana.
Bagaimanapun, timbul sedikit isu apabila patung tersebut kemudian menjadi viral berikutan tidak sama dengan objek asalnya.
Jangan anda terkejut pula kerana pemain bola sepak dunia terkenal kebiasaannya memang dijadikan patung.
Ia bertujuan untuk mengenangkan segala jasa yang dicurahkan pemain itu terhadap dunia bola sepak selama ini.
Bintang bola sepak handalan dunia seperti David Beckham, Bill Shankly, sehingga sir Alex Ferguson turut diabadikan dalam bentuk karya seni patung.
Dan tidak ketinggalan pula Ronaldo yang telah meraih lima Ballon d’Or setakat ini.
Berbalik kepada cerita patung wajah Ronaldo yang siap dibina pada tahun 2017, ia adalah hasil sentuhan daripada tangan seniman bernama Emanuel Santos.
Tetapi sayangnya, apabila patung itu sendiri menerima reaksi negatif dari masyarakat.

Rancang letak di Bandaraya Madeira
Pelancaran patung Ronaldo itu serentak dengan perubahan nama Bandara Madeira menjadi Lapangan Terbang Antarabangsa Cristiano Ronaldo. Malah, rancangan asal patung itu akan didirikan di bandaraya tersebut.
Sayang sekali apabila pembuatan patung berkenaan dilihat tidak sama sekali dengan pihak yang diinginkan, iaitu Ronaldo sendiri.
Malahan, beberapa orang melihat patung itu lebih mirip dengan bekas pemain Liverpool, John Arne Riise atau atlet lain seperti pemain NBA, Kristaps Porzingis, ataupun pelumba F1, David Coulthard.
Sementara itu, Santos selaku pengukir patung tersebut tidak nampak karyanya itu salah.
“Bahkan Tuhan pun tidak boleh membuat semua orang senang. Ini adalah masalah selera,” ujarnya kepada Globo Sports.
Bagaimana ’nasibnya’ sekarang?
Pada tahun 2018, Santos menciptakan patung yang kedua dengan sentuhan tradisional. Patung tersebut mendapat reaksi yang lebih positif dan diterima berbanding patung yang pertama.
Sayangnya, patung tersebut hanya bertahan selama 15 bulan saja di Lapangan Terbang Antarabangsa Cristiano Ronaldo.
Difahamkan, patung itu digantikan oleh ciptaan seniman lain tanpa nama yang berasal Sepanyol.
Keputusan tersebut diambil hasil laporan daripada pihak keluarga – melalui CR7 Museum.
“Muzium meminta kami untuk menggantinya dengan patung ini, sebagai bentuk penghormatan kepada atlet.
“Dan kami berfikir bahawa kami seharusnya melakukan itu. Kami masih menyimpan patung selainnya,” ujar Pengarah Bandaraya, Duarte Ferreira, kepada Diario de Noticias Madeira.
Add Comment