Uncategorized

Covid-19: Pemain JDT sumbang sebahagian gaji kepada Tabung Bencana Negeri Johor


PENULARAN wabak Covid-19 telah memberi kesan kepada masyarakat seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Banyak pihak memerlukan sumber kewangan dan makanan untuk kelangsungan hidup.

Kapten Kelab Bolasepak Darul Ta’zim (JDT), Hariss Harun, pihaknya terpanggil untuk membantu dan menyumbangkan sebahagian gaji mereka untuk Tabung Bencana Negeri Johor.

“Para pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menyumbangkan sebahagian daripada gaji kami dengan harapan ia dapat meringankan beban mereka-mereka yang terjejas disebabkan oleh penularan wabak COVID-19.

“Penularan wabak COVID-19 telah mencabar setiap dari kita dan masyarakat perlu sama-sama berganding bahu menghadapi waktu mencabar ini.

“Saya berharap sumbangan kami dapat membantu banyak pihak dan saya menyeru agar ramai lagi tampil ke hadapan dan melakukan apa jua bentuk sumbangan bagi membantu kita semua mengharungi episod gelap ini,” katanya menerusi laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers malam tadi.

Setakat semalam, Malaysia telah mencatatkan 2,031 kes dan 23 kematian seluruh negara.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d