Uncategorized

Covid-19 : Persiapan latihan Khairulnizam tetap berjalan seperti biasa


Pelayar negara, Khairulnizam Mohd Afendy menyifatkan penangguhan Sukan Olimpik Tokyo 2020 seperti dinyatakan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe adalah tindakan tepat.

Menurut Khairulnizam, ini kerana wabak Covid-19 masih menular dan kebanyakan atlet juga tidak boleh menjalani latihan seperti biasa atas arahan perintah kawalan pergerakan

“Dari segi persiapan ia tidak terjejas sangat kerana satu dunia mengalami masalah yang sama dan saya berharap virus ini dapat di atasi dalam masa terdekat agar program latihan dan kejohanan baru dapat di rangka,” katanya ketika diminta mengulas mengenai persiapan ke temasya berkenaan.

Penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan dari UiTM Perlis ini juga mendedahkan tidak duduk diam sepanjang Covid-19.

“Latihan dijalankan di rumah di mana hanya boleh melakukan aktiviti yang terhad untuk mengekalkan kecergasan. Dari segi kesihatan dan permakanan pula, Alhamdulillah semua dalam keadaan yang baik,” katanya lagi.

Ketika ditanya adakah penundaan ini memberi tempoh persiapan yang secukupnya, ini respons Khairulnizam.

“Bagi saya semua bergantung kepada keadaan semasa virus Covid-19.. kalau lagi cepat di atasi lagi banyak masa untuk saya melakukan persiapan.

“Ini kerana banyak kejohanan besar diadakan di negara-negara Eropah. Jadi kalau virus ini tak selesai lagi mungkin persiapan hanya dapat dibuat dalam negara dan ia sangatlah terhad,” ujarnya.

Sementara itu, beliau menyasarkan untuk berada dalam kelompok 20 terbaik dunia di Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.

“Buat masa sekarang sasaran yang realistik ialah berada dalmm kelompok top 20, ” ujar pemenang empat kali Olahragawan UiTM pada 2012, 2013, 2015 dan 2018.

Semalam, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengambil perhatian khusus mengenai kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020.

Presidennya, Dato’ Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, MOM menyokong sepenuhnya keputusan IOC untuk menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 hingga tarikh tidak lewat dari musim panas tahun 2021.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading