Uncategorized

Malek Rahman bimbang aksi longlai Merah Kuning

PRESTASI terumbang-ambing skuad Gergasi Merah pada permulaan musim ini cukup merisaukan para penyokong setia mereka termasuklah di kalangan bekas pemain.

Statistik terkini CIMB Liga Super 2020 menunjukkan Selangor menghuni kedudukan ketujuh dengan mengutip Iima mata.

Bekas pemain Selangor, Malek Rahman jelas bimbang perkembangan semasa skuad bola sepak negeri itu dan mahu mereka bangkit menggapai kemenangan.

”Sebagai bekas pemain, saya ada hak untuk komen tentang prestasi pasukan.

“Selangor adalah pasukan elit tanah air. Menang banyak piala dan kaya dengan sejarah yang tersendiri.

“Kami sayangkan pasukan Selangor. Ini adalah bekas majikan kami dan Merah Kuning merupakan pasukan yang pernah melonjakkan nama saya serta rakan-rakan yang lain.

“Jadi, saya cukup terkesan apabila Selangor boleh kalah dengan mana-mana pasukan.

“Betul, adat pertandingan ada menang, ada masa kalah. Tapi, cara kekalahan itu yang orang pertikaikan,” katanya kepada cakapsukan.com baru-baru ini.

Hanya salah faham

Sementara itu, jelas Malek lagi, apa yang berlaku antara dirinya dan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Abdul Rauf Ahmad hanyalah salah faham.

“Sebenarnya ini semua salah faham,” katanya enggan mengulas lanjut isu berkenaan.

Bekas pemain kebangsaan itu juga berharap Selangor kembali digeruni selepas ini dan meraih kemenangan demi kemenangan sekali gus menarik penyokong hadir ke stadium memberikan sokongan.

”Anda cuba lihat, dalam empat perlawanan liga, benteng pertahanan Selangor sangat mudah lepaskan gol.

“Jadi, harap jurulatih (B Sathianathan) dapat perbaiki lagi kawasan pertahanan kerana kalau nak dikira perlawanan Selangor memang menjaringkan gol kecuali hanya berdepan Kedah.

“Kalau Sathianathan dapat perbetulkan barisan pertahanan dan pemain serangan boleh ‘score’, Selangor menanglah… kalau tak jaringkan gol sekali pun, tetapi bahagian pertahanan mantap dan bagus. Keputusan akan berakhir seri dan dapat mata,” katanya.

Untuk rekod, Selangor hanya mencatatkan satu kemenangan ketika menang tipis ke atas Pahang 2-1 pada aksi pembukaan pada 29 Februari lalu.

Dua aksi selepas itu, berakhir seri Perak (1-1) dan Terengganu (3-3).

Pertemuan terbaharu diharungi kem Selangor menyaksikan mereka tewas 0-2 kepada Kedah di Alor Setar, 15 Mac lepas.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: