Penjelasan penangguhan perlawanan PJ City dan TFC

Scroll down to content

Malaysian Football League (MFL) mengesahkan pihaknya telah meluluskan permohonan daripada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk menunda aksi keempat CIMB Liga Super antara PJ City FC dan Terengganu FC (TFC) yang sepatutnya berlangsung pada 14 Mac ini (Sabtu).

Keputusan itu dibuat selepas MFL mengadakan perbincangan dengan TFC dan PJ City FC bagi memastikan perlawanan berjalan seperti biasa namun selepas pelbagai usaha dilakukan, masalah venue perlawanan masih tidak dapat diselesaikan.

PJ City FC berdepan masalah venue apabila gelanggang tuan rumah yang didaftarkan
iaitu Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) masih lagi dalam proses baik
pulih padang manakala beberapa venue lain juga tidak dapat digunakan.

Cadangan untuk menukar venue perlawanan ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu dengan TFC menjadi pasukan tuan rumah pula tidak dapat dilakukan berikutan pasukan TFC sudah membuat tempahan tiket penerbangan dan penginapan bagi menghadapi perlawanan berkenaan.

Di sebalik penangguhan perlawanan tersebut, MFL menegaskan PJ City FC tetap
dikenakan hukuman ekoran kegagalan menyediakan venue sebelum bentuk hukuman mereka akan ditentukan dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL pada masa terdekat.

“PJ City FC telah berusaha untuk mencari venue di sekitar Lembah Klang dengan
memohon bermain di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Stadium UiTM dan
termasuk di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi tetapi malangnya tiada jalan penyelesaian.

MFL membuat keputusan ini dalam mesyuarat semalam untuk menunda perlawanan PJ City FC dan Terengganu selepas mengadakan perbincangan bersama kedua-dua pasukan ini.

“Justeru, MFL menjadi medium orang tengah untuk menyelesaikan masalah ini tetapi kecuaian PJ City FC gagal menyediakan venue tetap akan dikenakan hukuman di mana perkara ini akan dibawa ke Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk diputuskan,” kata MFL dalam satu kenyataan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: