Uncategorized

Penyokong Lang Merah mahu Kedah menang malam esok

FAZLI MANSOR

ADA sedikit bayangan keresahan yang dihadapi sebahagian besar penyokong pasukan Kedah sepanjang minggu ini.

Tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Jumaat lalu pada kempen sulung CIMB Liga Super terus memberikan kekalahan di awal musim kepada skuad kendalian Aidil Shahrin Sahak.

Bagaimanapun, menjelang aksi kedua liga di Alor Setar, rata-rata peminat Lang Merah menuntut skuad bola sepak negeri itu kembali menjelmakan kemenangan ketika menentang Terengganu FC, malam esok.

Presiden Kelab Peminat Bola Sepak Kedah (PBK), Fazli Mansor percaya Kedah boleh meraih tiga mata jika corak permainan yang sama ketika bertemu JDT dikekalkan.

“Insya Allah, pasukan Kedah boleh menang kalau permainan sama diterapkan seperti berkunjung ke gelanggang JDT tempoh lalu.

“Dari segi struktur penyerang, saya rasa tiada masalah kerana sudah nampak keserasian.

“Cuma di bahagian benteng pertahanan saya lihat perlu dimantapkan lagi oleh coach Aidil,” katanya ketika dihubungi cakapsukan.com.

AZIM AHMAD

Nada sama juga di kongsikan oleh penyokong tegar Hijau Kuning, Azim Ahmad yang melihat Lang Merah mampu menggembirakan puluhan ribuan penonton selepas tamat perlawanan.

“Saya kekal optimis tiga mata mampu diraih di Darul Aman pada Sabtu ini (malam esok).

“Keyakinan saya ini adalah berdasarkan prestasi semasa beberapa pemain seperti Amirul Hisyam, Azmeer Yusof dan Fadzrul Daniel yang sedang meningkat naik.

“Malah, kehadiran Irfan Zakaria, Hadin Azman , Kpah Sherman dan kipre Tchetche bakal mengecewakan kem Terengganu FC,” ujarnya.

Azim juga meyakini corak taktikal Aidil Shahrin dan memberitahu terpulang kepada pengendi asal Singapura itu sama ada untuk menurunkan Shahril Sa’ari atau Ifwat Akmal untuk mengawal gawang Hijau Kuning.

Kepada penyokong perantau Kedah dan Terengganu FC yang tidak dapat hadir ke Stadium Darul Aman, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di TV1 dan RTM HD Sports.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: