
PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer tampil mengulas mengenai kegagalan yang dialami Liverpool dalam usaha meraih gelaran treble musim ini.
Kata Solskjaer, kegagalan Liverpool itu menunjukkan Manchester United era 1999 adalah pasukan yang terbaik.
Liverpool baru sahaja tersingkir dari pentas Piala FA musim 2019/2020. Langkah The Reds terhenti pada pusingan kelima, selepas kalah kepada Chelsea dengan jaringan 2-0 di Stamford Bridge, Rabu lepas.
Dengan kegagalan tersebut, impian Liverpool untuk meraih treble sudah berkecai. Kini, pasukan Jurgen Klopp masih mempunyai dua peluang meraih gelaran juara iaitu Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris (EPL) .
Gelaran EPL sudah berada di depan mata. Liverpool terus kukuh di puncak liga tanpa cabaran pesaing terdekat. Namun begitu, di pentas Liga Juara-Juara , mereka harus bersaing dengan Atletico Madrid di Pusingan 16.
Ferguson kunci kejayaan treble
Musim 1998/1999 menjadi detik epik dalam sejarah sepak bola Inggeris , khususnya Manchester United. Sebab, mereka mampu meraih treble selepas menjadi juara Piala FA, EPL dan Liga Juara-Juara.
Belum ada mana-mana kelab Inggeris lain yang mampu mencatatkan prestasi serupa dengan United.
Oleh sebab itu, Solskjaer dengan lantang bersetuju jika United era 1999 adalah skuad terbaik di Inggeris sehingga kini.
“Ya, saya fikir memang begitu. Dimana kunci kejayaan Manchester United ketika itu? Kami punyai skuad yang sangat kuat. Kami juga ada pengurus (Sir Alex Ferguson) yang tahu waktu bila harus memilih siapa dan saya diyakini beliau semasa aksi Piala FA ,” kata Solskjaer dipetik dari Sportsmole.
Solskjaer memainkan peranan penting ketika United meraih treble. Dia menjadi penjaring gol di final Liga Juara-Juara , ketika masuk sebagai pemain gantian. United menang 2-1 ke atas Bayern Munich, hasil jaringan lewat dua gol pada waktu tambahan.
“Pemain lainnya, Yorkie (Dwight Yorke) dan Coley (Andy Cole), bermain lebih banyak di liga dan Liga Juara-Juara ,” kata Solskjaer.
Tak nafi kehebatan Liverpool

Solskjaer juga tidak merendahkan Liverpool. Kerana, dia melihat persembahan luar biasa The Reds musim 2019/2020.
Bahkan, lelaki asal Norway ini mengakui tidak ada kelab yang boleh menjadi pesaing The Reds.
“Ya, kita tidak boleh mengatakan Liverpool belum memiliki pesaing kerana kualiti di liga yang sangat tinggi.
“Liverpool telah melakukan yang sangat baik sejauh ini, tetapi tentu saja, bagi saya sekarang, pasukan mana pun dapat mengalahkan siapa pun. Tapi kami dan Arsenal adalah pasukan hebat pada masa lalu,” ungkap Solskjaer.
Add Comment