Uncategorized

Bukit Jalil bukan gelanggang asing Red Giants


Meskipun Selangor terpaksa ‘berkelana’ sementara ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini, penyokong Merah Kuning melihat ia bukan satu masalah besar.

Bekas juara Liga Super dua kali itu akan menanti kunjungan Perak The Bos Gaurus untuk aksi kedua Liga Super 2020.

“Bermain di Bukit Jalil tidaklah asing bagi Selangor sebenarnya. Musim-musim sebelum ini pun Gergasi Merah menjadikan Bukit Jalil sebagai venue pertandingan.

“Satu sahaja harapan kami agar pasukan Selangor dapat mengekalkan momentum kemenangan dan mengumpul tiga mata penuh,” ujar Presiden Anak Selangor Fan Club (ASFC), Mohd Faizal Wahid penuh keyakinan.

Baru-baru ini, Cakap Sukan melaporkan Malaysian Football League (MFL) memaklumkan bahawa Stadium Shah Alam tidak boleh digunakan selepas hasil pemeriksaan mendapati keadaan semasa bumbung masih tidak selamat bagi pengelolaan perlawanan Liga Malaysia musim 2020.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, pihaknya telah
memaklumkan perkara itu kepada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) melalui surat rasmi pada 28 Februari lalu selepas melakukan tiga kali pemeriksaan keselamatan terhadap Stadium Shah Alam.

Jelas Dato’ Ab Ghani, MFL mendapati Stadium Shah Alam yang didaftar menjadi gelangang tuan rumah bagi pasukan CIMB Liga Super, Selangor pada musim ini tidak berada di tahap menyakinkan bermula pemeriksaan keselamatan pertama pada 10 Januari 2020 disusuli pemeriksaan kedua (21 Februari) dan ketiga (28 Februari).

Kata lagi Dato’ Ab Ghani, FAS harus menamakan gelangang alternatif lain bagi pasukan Selangor jika proses baik pulih Stadium Shah Alam tidak dapat diselesaikan sebelum 2 Mac.

Mohd Faizal turut menggesa penyokong Red Giants hadir beramai-ramai memberikan sokongan pasukan kendalian B Sathianathan.

“Sokongan anda penyokong Merah Kuning diperlukan saat ini. Ayuh , datang dan bagi sorakan. Mereka amat perlukan anda,” katanya lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading