Uncategorized

MFL pantau situasi COVID-19


Aksi Liga Malaysia dipantau sepenuhnya pihak MFL berikutan virus COVID-19 yang melanda negara. 📸 MFL

Malaysian Football League (MFL) memaklumkan pihaknya sedang memantau perkembangan terkini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) susulan penularan wabak COVID-19.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, buat masa ini saingan Liga Malaysia musim 2020 berjalan mengikut jadual dan badan pentadbir Liga Malaysia musim 2020 itu tidak berhasrat untuk membuat sebarang penangguhan.

Bagaimanapun, Dato’ Ab Ghani tidak menolak MFL akan bertindak demi kepentingan rakyat dan isu ini akan dibentangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL serta mengadakan pertemuan bersama Rakan Kongsi Liga jika KKM mengeluarkan pengumuman rasmi penularan wabak COVID-19 berada di tahap serius.

“Keputusan untuk menangguhkan perjalanan liga bukan mudah kerana ia melibatkan pelbagai pihak berkepentingan. Namun MFL sentiasa meletakkan isu keselamatan pemain, pegawai dan penyokong paling utama.

“MFL sentiasa memantau perkembangan wabak COVID-19 daripada kementerian dan mempunyai persediaan tertentu. MFL akan bertindak mengikut perkembangan terkini yang dikeluarkan KKM.

“Apapun, MFL akan bertindak jika KMM mengeluarkan satu pengumuman rasmi dan isu ini akan dibawa kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL serta mengadakan pertemuan bersama Rakan Kongsi Liga untuk membuat keputusan sama ada mungkin pasukan akan bermain di stadium kosong terlebih dahulu sebagai permulaan atau langkah-langkah lain yang sewajarnya akan diambil.

“Ini kerana MFL mahu memastikan kejadian tidak diingini akan berlaku dan dalam masa yang sama mahu memastikan perjalanan liga berjalan seperti biasa,” ujarnya.

Tambah Dato’ Ab Ghani, pihak MFL turut menghantar surat pekeliling kepada semua
pasukan sebelum Liga Malaysia musim 2020 bermula agar mengambil langkah-langkah pencegahan di stadium pada hari perlawanan seperti menyediakan sanitasi tangan, pemeriksaan suhu badan dan menasihatkan penyokong menggunakan topeng muka.


Liga Malaysia musim 2020 membuka tirai pada 28 Februari lalu dengan aksi pertama
CIMB Piala Sumbangsih serta saingan minggu pertama CIMB Liga Super dan Liga
Premier telah berlangsung dengan baik.

Enam lagi perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier akan diadakan pada esok (6 Mac) dan Sabtu (7 Mac) ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading