Uncategorized

MFL lulus FAS guna Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini


Malaysian Football League (MFL) telah meluluskan permohonan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) untuk menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai venue alternatif bagi aksi Selangor menentang Perak pada aksi kedua CIMB Liga Super, 7 Mac ini.

FAS sebelum ini mengemukakan permohonan untuk beraksi di SNBJ selepas Stadium Shah Alam yang didaftarkan sebagai venue utama pasukan Selangor tidak boleh digunakan termasuk venue alternatif, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan yang menyatakan bahawa keputusan itu dibuat selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membatalkan aktiviti mereka yang sepatutnya berlangsung pada hari yang sama di venue tersebut.

Bagaimanapun, Dato’ Ab Ghani menegaskan pertemuan Selangor menentang Perak akan menjadi aksi terakhir buat liga domestik di mana SNBJ tidak akan lagi dibenarkan menjadi venue buat mana-mana pasukan sebagai usaha MFL untuk menjaga prestij SNBJ sebagai gelanggang nasional buat pasukan kebangsaan.

“Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan FAS untuk menggunakan SNBJ telah diluluskan. Hasil daripada laporan pemeriksaan yang telah dijalankan oleh Komisioner Perlawanan, Tuan Haji Nik Ahmad Yaakub pada jam 6.00 petang, 3 Mac 2020 mengesahkan bahawa SNBJ adalah menepati piawaian yang ditetapkan oleh MFL.

“Selain itu, KBS turut mengesahkan bahawa Program FitMalaysia 2020 edisi Kuala Lumpur telah ditangguhkan ke satu tarikh baharu.

Bagaimanapun, MFL ingin memberikan peringatan bahawa ini merupakan kelulusan kali terakhir bagi mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia untuk menggunakan SNBJ di mana selepas ini hanya dibenarkan untuk pengelolaan perlawanan-perlawanan akhir tTM Piala Malaysia, Shopee Piala FA dan perlawanan-perlawanan melibatkan pasukan
kebangsaan sahaja,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Dato’ Ab Ghani mengingatkan kepada pasukan Liga
Malaysia agar lebih bersedia dalam persiapan menyediakan venue utama pasukan tuan rumah pada masa akan datang.

“Sehubungan dengan itu, suka saya mengingatkan agar semua pasukan dapat
menyediakan venue perlawanan seperti yang termaktub di dalam Manual dan
Peraturan Liga Malaysia kerana adalah menjadi tanggungjawab untuk pasukan Liga Malaysia mempunyai venue sendiri (pilihan pertama dan alternatif) seperti yang telah dinamakan semasa pengesahan pendaftaran pasukan.

“Justeru saya berharap isu ini akan memberikan kesedaran lebih tinggi kepada
kesemua pasukan di mana pasukan perlu bergerak lebih proaktif untuk meneliti taha keadaan stadium yang telah didaftarkan oleh mereka dari segi keselamatan, keselesaan, kemudahan, keadaan padang dan sebagainya sebelum memanggil MFL turun melakukan pemeriksaan venue,” katanya.

Terdahulu, FAS dikehendaki mencari venue alternatif selepas Stadium Shah Alam tidak dibenarkan mengelola perlawanan Liga Malaysia musim 2020 susulan isu keselamatan membabitkan masalah bumbung di venue berkenaan.

Manakala venue kedua yang mereka daftarkan iaitu Stadium MBPJ turut tidak
mendapat kelulusan kerana masih dalam proses baikpulih padang dan bilik persalinan.

Sementara itu, MFL turut meluluskan permohonan PJ City untuk menggunakan
Stadium UiTM Shah Alam sebagai venue alternatif mereka untuk perlawanan
menentang Pahang pada aksi kedua CIMB Liga Super, 6 Mac ini selepas venue utama
yang didaftarkan, Stadium MBPJ tidak mendapat kelulu


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d