Uncategorized

PFAM hulur bantuan sumbangan kepada Tinagaran

Tinagaran Baskeran merupakan seorang pemain pertahanan tengah yang beraksi bersama MISC-MIFA & PJ City FC pada 2014 sehinggalah 2019.

Namun, kini beliau tidak dapat meneruskan karier kerana mengalami kanser tulang peringkat keempat (Ewing Sarcoma PNET Femer Bone).

Kini, beliau sedang menjalani proses kimoterapi keempat di Penang Adventist Hospital, kos rawatan yang telah dikeluarkan mencecah RM 100,000.

Tambahan pula, kos bagi pembedahan selepas rawatan kimoterapi keenam mencecah RM80,000 dan baki lapan rawatan kimoterapi berjumlah RM107,000.

Semalam, Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) , Safee Sali dan Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail berada di Pulau Pinang untuk melawat Tinagaran. Safee turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada beliau.

“Kami di PFA Malaysia menyeru kepada semua warganegara yang prihatin supaya membantu saudara Tinagaran menerusi kutipan derma melalui nombor akaun RHB 26403000007880,” katanya menerusi Facebook rasmi PFAM.

Pihak PFA Malaysia juga mengucapkan terima kasih kepada pemain-pemain PJ City FC dan rakan-rakan Tinagaran antaranya S.Kunanlan dan D. Saarvindran yang telah memberi sumbangan sebanyak RM25,000 setakat ini.

Semoga dengan usaha ini saudara Tinagaran kembali aktif bermain bola sepak dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: